Sebelum ni aku ada janji nak tulis bagaimana dengan berfikiran positif saja kita boleh jadi jutawan. Nampak gayanya korang kena sabar dulu la sebab aku belum lagi mahu mengotakan janji lagi. Haha (gelak jahat).
Hari ni aku nak cerita betapa baguihnya kita berfikiran positif. 2,3 malam lepas aku sempat menonton Master Chef selebriti.Ada satu sesi tu, peserta- peserta ni kena memasak masakan dari negara Eropah sempena demam EURO 2012 ni. Ada 6 negara dan peserta perlu masak salah satu daripada 6 negara. So berebut- rebutlah selebriti ni nak pilih negara seperti England, Itali konon- kononnya bila dapat negara tu senang la diorang nak masak.
Apa yang menarik adalah ketika selebriti lain berebut nak dapat Itali and England, Dr Fazley (Asmara Kita) ni dengan positifnya pi pilih negara Ireland yang orang lain pakat taknak ambil.
"Mungkin dengan keihklasan kami memilih masakan dari negara Ireland ni dapat menambat hari juri." kata-kata Dr Fazley bila dia pilih negara Ireland tu.
Dipendekkan cerita, bila sudah masak semua dan diuji rasa oleh para juri, ternyata masakan dari kumpulan Dr Fazley paling sedap (dengan Louisa Chong, diorang partner berdua). Dan menambah dramatik lagi, selebriti yang pilih England tu pula yang kalah and kena masuk penyingkiran.
Apa yang aku nak bagitau sini adalah bila kita positif, semua akan menjadi positif. Louisa Chong yang berpartner dengan Dr Fazley tu punya la bengang masa mula- mula dia pilih Ireland tu, tapi dengan sikap positif Dr Fazley tu, pasukan depa menang tu. Nah..Masa memasak tu, idea yang bagus-bagus datang dari Dr Fazley sebab dari awal lagi dia sentiasa positif. Cuba kalau masa pilih Ireland tu dia kata lantaklah, kita hentam saja la, pasti idea hebat tak datang.
So, untuk kita yang bercita-cita nak jadi jutawan, jangan lupa positifkan diri yang kita boleh jadi jutawan. Cuma perlu setkan minda tiap tiap hari dan jalan ke arah jutawan akan datang dengan sendirinya..Jika anda tak percaya, cuba anda amalkan dulu, tiap- tiap hari setkan aku boleh jadi jutawan..tengok apa kesannya nanti..
Selamat mencuba, tak rugi seposen pun kan...
p/s: dengan fikir positif juga aku berada di tempat sekarang ni..Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment