Assalamualaikum semua. Cuti hujung minggu yang baru lepas (Kedah: jumaat dan sabtu) adalah antara yang paling spoil lah sebab aku kena kerja. Last minute baru dapat tahu yang aku kena bertugas untuk karnival farmasi Negeri Kedah. Sedap dah aku planning nak bawak family jalan jalan kat Penang, last last kena kensel. Apakan dayaku, aku hanya penjawat awam biasa. Huhu..
So, Sabtu tu aku pun pergi la karnival farmasi tu. Aku kena bertugas sesi petang, dari pukul 1 sampai 6 petang. Aku sampai dalam 1.05 petang kat karnival tu.
Sesungguhnya disebalik kesusahan tu ada kesenangan. Di sebalik hati ku yang meronta sebab kena kerja weekend tu, rupanya ada hikmah disebaliknya. Aku dapat berjumpa dengan salah sorang pelakon pujaan aku. Sapa lagi kalau bukan abang Rosyam Nor. Mungkin bagi korang yang duk area KL tu tak heran la kan jumpa jumpa artis ni. Tapi bagi kami di utara ni sekali sekala dapat jumpa artis ni memang agak excited la.
Abang Rosyam Nor ni macam biasa memang sempoi, tak sombong dan sporting abis. Abisla semua awek awek tempat kerja aku pakat bergambar dengan abang rosyam nor. Aku je yang melopong sebab tak sempat bergambar dengan abang rosyam nor.
Antara sebab aku mengadmire abang rosyam nor ni sebab dia antara artis yang bersih, takde gosip yang buruk buruk. Dan dia juga bijak membahagikan antara peribadi dan kerja. Tengok la isteri rosyam nor pun kita jarang tengok kan. Macam tu la jugak anak anak abang rosyam nor ni. Memang tak dipublish kan oleh abang rosyam.
Apapun, aku doakan abang rosyam nor terus succes dalam bidang yang diceburi.
Kat bawah ni, aku cilok gambar sorang kawan aku yang sempat bergambar dengan abang rosyam. Jelesnya aku..
