Assalamualaikum semua. Cuti hujung minggu yang baru lepas (Kedah: jumaat dan sabtu) adalah antara yang paling spoil lah sebab aku kena kerja. Last minute baru dapat tahu yang aku kena bertugas untuk karnival farmasi Negeri Kedah. Sedap dah aku planning nak bawak family jalan jalan kat Penang, last last kena kensel. Apakan dayaku, aku hanya penjawat awam biasa. Huhu..
So, Sabtu tu aku pun pergi la karnival farmasi tu. Aku kena bertugas sesi petang, dari pukul 1 sampai 6 petang. Aku sampai dalam 1.05 petang kat karnival tu.
Sesungguhnya disebalik kesusahan tu ada kesenangan. Di sebalik hati ku yang meronta sebab kena kerja weekend tu, rupanya ada hikmah disebaliknya. Aku dapat berjumpa dengan salah sorang pelakon pujaan aku. Sapa lagi kalau bukan abang Rosyam Nor. Mungkin bagi korang yang duk area KL tu tak heran la kan jumpa jumpa artis ni. Tapi bagi kami di utara ni sekali sekala dapat jumpa artis ni memang agak excited la.
Abang Rosyam Nor ni macam biasa memang sempoi, tak sombong dan sporting abis. Abisla semua awek awek tempat kerja aku pakat bergambar dengan abang rosyam nor. Aku je yang melopong sebab tak sempat bergambar dengan abang rosyam nor.
Antara sebab aku mengadmire abang rosyam nor ni sebab dia antara artis yang bersih, takde gosip yang buruk buruk. Dan dia juga bijak membahagikan antara peribadi dan kerja. Tengok la isteri rosyam nor pun kita jarang tengok kan. Macam tu la jugak anak anak abang rosyam nor ni. Memang tak dipublish kan oleh abang rosyam.
Apapun, aku doakan abang rosyam nor terus succes dalam bidang yang diceburi.
Kat bawah ni, aku cilok gambar sorang kawan aku yang sempat bergambar dengan abang rosyam. Jelesnya aku..
UBAT HATI DAN MINDA
SEGALANYA TENTANG UBAT- UBATAN DAN KEHIDUPAN...
mohzu.com
Sunday, October 14, 2012
Monday, September 24, 2012
KASIH SAYANG VS TANGGUNGJAWAB
Alhamdulillah....Lama tak update blog sebab sibuk dengan 2 orang anak yang semakin membesar. Masing masing dengan karenah masing masing. Pening kepala dan agak tertekan tapi semua tu adalah pengalaman yang amat berharga, Syukur dapat melihat anak membesar di depan mata. Ramai jugak kawan kawan yang tak dapat melihat anak membesar depan mata sebab kerja jauh diperantauan. 3-4 bulan sekali baru boleh jumpa anak- anak.
Tajuk kali ni memang memberi kesan pada aku sebab dalam aku duk 'stress' menjaga anak anak yang masih kecil ni, aku sempat baca satu buku tulisan Ustaz Zul Ramli yang bertajuk RnR di Lebuhraya Kehidupan. Ada satu tajuk tu cerita pasal kasih sayang vs tanggungjawab.
Kisah dia macam ni, jika tugas sorang suri rumah dari pagi sampai malam.. siapkan sarapan untuk keluarga, siapkan anak anak dan suami, kemas rumah, masak tengahari, sediakan makan malam, layan anak anak dan suami esoknya ulang lagi kerja yang sama. Mari kita fikirkan, jika seorang isteri melakukan semua tugas tersebut dengan sebab tanggungjawab dan seorang lagi lakukan sebab kasih sayang.
Tentunya isteri yang pertama akan merasai penat dan lama-kelamaan boleh mendatangkan stress. Tapi bagi isteri yang kedua yang melakukan dengan penuh kasih sayang, memang dia tetap merasa penat tapi dalam kepenatan itu terdapat kepuasan. Kepuasan ni lah dapat menghilangkan stress.
Macam tu jugakla dengan kerja harian kita, marilah kita lakukan dengan penuh kasih sayang semoga kita dapat merasai kepuasan dan akhirnya mendapat pahala dari Allah swt. aminn..
Tajuk kali ni memang memberi kesan pada aku sebab dalam aku duk 'stress' menjaga anak anak yang masih kecil ni, aku sempat baca satu buku tulisan Ustaz Zul Ramli yang bertajuk RnR di Lebuhraya Kehidupan. Ada satu tajuk tu cerita pasal kasih sayang vs tanggungjawab.
Kisah dia macam ni, jika tugas sorang suri rumah dari pagi sampai malam.. siapkan sarapan untuk keluarga, siapkan anak anak dan suami, kemas rumah, masak tengahari, sediakan makan malam, layan anak anak dan suami esoknya ulang lagi kerja yang sama. Mari kita fikirkan, jika seorang isteri melakukan semua tugas tersebut dengan sebab tanggungjawab dan seorang lagi lakukan sebab kasih sayang.
Tentunya isteri yang pertama akan merasai penat dan lama-kelamaan boleh mendatangkan stress. Tapi bagi isteri yang kedua yang melakukan dengan penuh kasih sayang, memang dia tetap merasa penat tapi dalam kepenatan itu terdapat kepuasan. Kepuasan ni lah dapat menghilangkan stress.
Subscribe to:
Posts (Atom)

