Korang pernah tak beli buah durian, pastu bila balik rumah kopek punya kopek durian tu last last tak boleh nak makan sebab isi dia keras? Waktu tu mesti kita rasa nak marah kat penjual tadi kan. Kata durian gred A la, kucing tidor la, macam macam lagi la.
Sebenarnya kita juga bersalah sebab tak belajar ilmu nak pilih buah durian. So, hari ni aku nak kongsikan petua nak pilih buah durian. Petua ni aku pun baru dapat dari driver tempat keja aku petang tadi. Ni lah untungnya berkawan dengan semua orang.
Masa nak beli durian tu, korang ambik durian tu dan goncangkan dekat telinga korang. Kalau ada bunyi isi dia bergerak gerak tu maksudnya buah tu masak elokla, isi dia lembut. Kalau masa goncang tu takde bunyi dan tak rasa apa, rasa 'kejap' je. Tu tandanya isi durian tu keras.
Tu lah serba sikit petua yang aku dapat petang tadi. Lepas ni boleh la cuba praktikkan ye.
p/s: lama jugak tak makan durian sejak aku berkahwin dengan orang yang tak makan durian.huhu
mohzu.com
Wednesday, June 20, 2012
PETUA BELI DURIAN
Tuesday, June 19, 2012
BAYANGKAN JIKA NI RUMAH ANDA
Kat tempat keja aku ni, ada satu bilik kosong kat belakang. Baru baru ni tangki air kat bilik tu rosak dan sebabkan air melimpah dengan agak banyak la. Aku tunggu la, kut kut incaj tempat keja aku ni nak call orang ofis datang repair ke kan.
Tuinggu punya tunggu sampai hari ni aku tengok takde tindakan apa apa tindakan pun. Memandangkan ni berlaku dekat tempat kerja aku (premis kerajaan la) so sebab tu kut ramai pakat buat dek (buat tak tahu je).
So, aku bayangkan la ni kalau jadi kat rumah aku mau pokai la hujung bulan aku mau bayar bil air ni. Aku pun angkatla telefon tu dan buat report apa yang patut. Harap harap lepas ni adela orang datang repairkan.
Bukannya aku nak perasan bagus, tapi aku rasa walaupun duit aku tak rugi sikit pun kalau biarkan air tu terus mengalir dengan lajunya, takkan aku nak biar saje kan. Membazir tu kan saudara syaitan. Lagipun aku tengok kat sini, semua orang macam mengharapkan orang lain, last- last takde sape nak diharapkan sebab semua mengharap orang lain yang buatkan.
Sebelum daripada ni, pili air dalam toilet rosak jugak. Dekat seminggu aku tengok takde sape buat tindakan (sampai masing masing nak lepas hajat pun susah) aku pun keluarkan duit poket aku sikit beli kepala paip tu dan suruh PRA tempat keja aku pasangkan. Setel masalah. Semua orang hepi sebab boleh lepas hajat dengan tenang.haha.
So, aku rasa kalau kita boleh setelkan masalah tu, kita setelkan la. Tak payah nak tunggu bos or orang lain.
Harap harap agar segala masalah kecil yang aku tolong setelkan ni dikira sebagai ibadah dan diberi pahala yang berpanjangan selagi mana orang lain dapat manfaat. Amiiin.
Ni lah air tangki yang mengalir terjun tinggi tu
p/s: Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sabda, buang duri atas jalan pun sedekah kan.
Labels:
minda jutawan,
minda positif,
motivasi,
pembaziran
Monday, June 18, 2012
REZEKI DARI LAUT
Alhamdulillah, Sabtu lepas aku dapat sotong free dari sorang kawan(aku panggil dia Kak Yam,dia memang sorang yang baik hati). Sebab aku n wife sibuk, so sotong sotong tu selamat la dalam peti ais aku.
Petang tadi, tiba tiba aku teringin pula nak makan sotong tu. So, aku pun kerjakan la sotong tu. Mula- mula tu takut jugak aku nak siang sotong tu sebab besar sangat. First time dalam hidup aku jumpa sotong sebesar macam ni.

Ni lah rupa dia sotong tu. Aku dapat 9 ekor semuanya
Lagi besar dari tapak tangan aku tu
Tapi akhirnya siap jugak sotong goreng tepung aku..
So moral of the story, jangan mudah patah semangat. Aku pun hampir hampir patah semangat mula mula nak siang sotong tu(nasib baik sempat positifkan balik minda aku). Tapi akhirnya menjadi jugak sotong goreng tepung aku, siap kena goreng banyak kali lagi sebab permintaan yang sangat tinggi dari isteri dan anak aku.haha.
Lagi satu aku nak ingatkan, salah satu cara untuk murahkan rezeki adalah dengan menjaga silaturrahim. Tak rugi kita baik dengan semua orang. Contohnya macam ni lah, free free je aku dapat makan sotong, fresh lagi tu.
p/s: lagi 8 ekor sotong tu dah selamat diberikan kat mak mentua aku dan kawan kawan aku
p/s lagi: rezeki kita kena kongsi kongsikan
Labels:
minda jutawan,
minda positif,
motivasi,
rumahtangga
Monday, June 11, 2012
PROJEK GETAH (jutawan in making???)
Kali ni aku nak share tentang projek getah yang aku buat kat kampung. Macam gempak je kan, macam jutawan pulak buat projek projek ni. haha.Apa tu projek getah??
Sebenarnya aku joint venture dengan abang aku yang sorang ni untuk buat projek tanaman getah. Dekat kampung aku, sebelah pada kebun getah yang diwarisi dari arwah bapa aku tu ada la sikit tanah kosong yang tak diusahakan. Kebun ni sekarang abang aku yang sorang ni la yang duk jaga. So, daripada duk biar kosong aku ajak abang aku ni sama-sama keluar modal untuk usahakan tanah tu.
Tanah tu tak la luas sangat, tapi untuk tanam dalam 500 anak getah tu boleh la.
Ni la gambar sebahagian tanah projek getah aku.
Kalau tak salah aku projek ni mula dalam akhir bulan 3 hari tu. Masa diorang tengah tolak tanah tu aku tak sempat nak jenguk pun, semua harapkan abang aku je.
Sekarang ni, pagar dah siap pasang sekeliling tanah ni (siap pasang pagar pun aku tak sempat tengok lagi). Abang aku call semalam mintak aku masuk duit untuk dia bagi upah orang meracun. Racun kena letak jugak, untuk pastikan akar kayu pokok asal tu betul betul mati. Kalau tak nanti susah anak getah nak hidup.
Kos pulak...
Sampai sekarang ni, kos yang aku keluarkan adalah:
rm1000.00- yang ni duit upah abang back hoe tolak tanah
rm2000.00- yang ni pulak duit upah pasang pagar/ termasuk sekali dengan harga kayu pagar tu sekali
rm500.00- ni yang aku baru transfer semalam. duit untuk meracun
Banyak juga la kos yang aku keluar tu (kalau bagi korang sikit tak tau la, tapi bagi aku banyak juga). Nipis jugak la akaun simpanan aku tu..Tapi takpa, projek ni memang ambil masa sikit nak dapat hasil sebab pokok getah ni dalam 5 tahun lebih kurang baru boleh menoreh( orang kampung aku kata motong)
Tapi takpa, aku positif dengan projek ni dan aku jangka nanti bila dah boleh menoreh tu aku dapat sorang dalam rm500 sebulan.(aku dan abang aku la). Okla tu, boleh buat duit anak- anak aku pi sekolah nanti dan boleh juga aku simpan untuk kegunaan adik beradik aku yang sesak sesak nanti (sekarang ni aku lebih kurang macam bank/along adik beradik aku). Banyak jugak aku bagi pinjam kat diorang (ada yang ribu-ribu jugak tak dibayar balik pun) tapi tak kisah. Yang tak mampu bayar tu aku halalkan je, niat sedekah. Lagipun adik beradik, kalau aku tak tolong siapa lagi nak tolong kan.
Apapun harap projek ni berjalan lancar dan lepas raya nanti harap dah boleh tanam anak getah dah..
p/s: lepas dah boleh menoreh nanti, ingak nak buka kilang getah plak..arkkk
p/s: entry ni sebagai motivasi aku untuk projek ni dan sebagai cara aku 'keep in touch' dengan projek pertama aku ni
Labels:
buat duit,
jutawan,
minda jutawan,
motivasi,
projek getah
Sunday, June 10, 2012
Untungnya Berfikiran Positif
Sebelum ni aku ada janji nak tulis bagaimana dengan berfikiran positif saja kita boleh jadi jutawan. Nampak gayanya korang kena sabar dulu la sebab aku belum lagi mahu mengotakan janji lagi. Haha (gelak jahat).
Hari ni aku nak cerita betapa baguihnya kita berfikiran positif. 2,3 malam lepas aku sempat menonton Master Chef selebriti.Ada satu sesi tu, peserta- peserta ni kena memasak masakan dari negara Eropah sempena demam EURO 2012 ni. Ada 6 negara dan peserta perlu masak salah satu daripada 6 negara. So berebut- rebutlah selebriti ni nak pilih negara seperti England, Itali konon- kononnya bila dapat negara tu senang la diorang nak masak.
Apa yang menarik adalah ketika selebriti lain berebut nak dapat Itali and England, Dr Fazley (Asmara Kita) ni dengan positifnya pi pilih negara Ireland yang orang lain pakat taknak ambil.
"Mungkin dengan keihklasan kami memilih masakan dari negara Ireland ni dapat menambat hari juri." kata-kata Dr Fazley bila dia pilih negara Ireland tu.
Dipendekkan cerita, bila sudah masak semua dan diuji rasa oleh para juri, ternyata masakan dari kumpulan Dr Fazley paling sedap (dengan Louisa Chong, diorang partner berdua). Dan menambah dramatik lagi, selebriti yang pilih England tu pula yang kalah and kena masuk penyingkiran.
Apa yang aku nak bagitau sini adalah bila kita positif, semua akan menjadi positif. Louisa Chong yang berpartner dengan Dr Fazley tu punya la bengang masa mula- mula dia pilih Ireland tu, tapi dengan sikap positif Dr Fazley tu, pasukan depa menang tu. Nah..Masa memasak tu, idea yang bagus-bagus datang dari Dr Fazley sebab dari awal lagi dia sentiasa positif. Cuba kalau masa pilih Ireland tu dia kata lantaklah, kita hentam saja la, pasti idea hebat tak datang.
So, untuk kita yang bercita-cita nak jadi jutawan, jangan lupa positifkan diri yang kita boleh jadi jutawan. Cuma perlu setkan minda tiap tiap hari dan jalan ke arah jutawan akan datang dengan sendirinya..Jika anda tak percaya, cuba anda amalkan dulu, tiap- tiap hari setkan aku boleh jadi jutawan..tengok apa kesannya nanti..
Selamat mencuba, tak rugi seposen pun kan...
p/s: dengan fikir positif juga aku berada di tempat sekarang ni..Alhamdulillah

motivasi
Friday, June 8, 2012
SALAM PERKENALAN
Assalamualaikum wbt.
Sebagai permulaan ni, aku nak tetapkan aku punya niat menulis ni. Apa jua post yang bakal di postkan nanti adalah untuk menaikkan semangat, memotivasikan dan mempositifkan diri aku sendiri. InsyaAllah jika berkesempatan aku akan kongsikan segala macam tips, ilmu, panduan dan apa saja yang positif yang dapat digunapakai dalam kehidupan. Aku minta maaf sekiranya aku banyak menceritakan pengalaman sendiri (cuba untuk tidak perasan bagus), sebabnya memang aku tulis untuk diri sendiri pun kan.haha.
Untuk tak membazirkan masa (alang-alang dah ada masa untuk menulis ni), jom kita renung diri kita dengan kisah di bawah:
suatu pagi dikala aku sedang memandu keseorangan, terdengar dari corong radio kereta aku...
pemanggil: Assalmualaikum prof, saya ######## dari KL..
dj: silakan puan bercakap dengan prof
pemanggil: prof, macam mana patut saya buat supaya saya tidak cemburu dengan suami saya? maksud saya, tiap- tiap petang suami saya akan pergi bermain/ bersenam dengan kawan- kawan. Saya pula, terpaksa duduk dirumah melayan anak- anak. Saya penat prof, kadang-kadang saya sampai rasa marah sebab saya yang terpaksa jaga anak dirumah dan suami saya pula dapat berseronok di luar.
prof: baik, saya cuba jawab ye puan.
prof menarik nafas....
prof: sebenarnya, masalah puan dapat kita selesaikan jika kita berfikiran positif ye. Cuba puan bayangkan, di luar sana ada berapa ramai orang yang tidak berkahwin. Berapa ramai pula yang berkahwin tapi tak dapat anak. Berapa ramai pula yang berkahwin dapat anak tapi suami pulak keluar tak balik- balik.Berapa ramai pulak yang diceraikan nauzubillah.Bila kita fikirkan semua itu, kita dapat lihat betapa bertuahnya kita ye puan.
prof sambung lagi,
prof: Kita patut bersyukur dan be positive. Cuba positifkan minda, contohnya kita katakan pada diri kita suami pergi bersukan dapat jaga kesihatan, dapat menyingkirkan lemak/kolesterol badan. bayangkan jika suami kita sakit, siapa yang susah ye.. Katakan pada diri lagi" bagusla suami aku bersukan, sekurang -kurangnya dapat la jaga kesihatan dia, dahla aku ni selalu masak masakan yang berminyak, bancuh air pulak manis- manis. bila suami aku bersukan at least dapat juga buang segala yang tak baik tadi tu"
dj: emmmmm
prof: ingat ye, besar mana pun masalah kita, cuba positifkan dan cuba fikirkan orang kurang bernasib baik dari kita. kita akan rasa tenang...Apapun, yang penting positif. Cuba lihat dari sudut positif..
Pon!pon!..... Alamak lampu isyarat dah hijau. sori brader. aku terus masuk gear D dan tersukan perjalanan.
p/s: be positive
p/s 2: jaga kesihatan. baru- baru ni pergi check kolesterol alhamdulillah dah turun ke normal. takut aku muda-muda lagi dah makan ubat
Jumpa lagi, aku akan kongsikan bagaimana dengan berfikiran positif saja, kita boleh jadi jutawan..haha. tungguuu....

Subscribe to:
Posts (Atom)