Assalamualaikum wbt.
Sebagai permulaan ni, aku nak tetapkan aku punya niat menulis ni. Apa jua post yang bakal di postkan nanti adalah untuk menaikkan semangat, memotivasikan dan mempositifkan diri aku sendiri. InsyaAllah jika berkesempatan aku akan kongsikan segala macam tips, ilmu, panduan dan apa saja yang positif yang dapat digunapakai dalam kehidupan. Aku minta maaf sekiranya aku banyak menceritakan pengalaman sendiri (cuba untuk tidak perasan bagus), sebabnya memang aku tulis untuk diri sendiri pun kan.haha.
Untuk tak membazirkan masa (alang-alang dah ada masa untuk menulis ni), jom kita renung diri kita dengan kisah di bawah:
suatu pagi dikala aku sedang memandu keseorangan, terdengar dari corong radio kereta aku...
pemanggil: Assalmualaikum prof, saya ######## dari KL..
dj: silakan puan bercakap dengan prof
pemanggil: prof, macam mana patut saya buat supaya saya tidak cemburu dengan suami saya? maksud saya, tiap- tiap petang suami saya akan pergi bermain/ bersenam dengan kawan- kawan. Saya pula, terpaksa duduk dirumah melayan anak- anak. Saya penat prof, kadang-kadang saya sampai rasa marah sebab saya yang terpaksa jaga anak dirumah dan suami saya pula dapat berseronok di luar.
prof: baik, saya cuba jawab ye puan.
prof menarik nafas....
prof: sebenarnya, masalah puan dapat kita selesaikan jika kita berfikiran positif ye. Cuba puan bayangkan, di luar sana ada berapa ramai orang yang tidak berkahwin. Berapa ramai pula yang berkahwin tapi tak dapat anak. Berapa ramai pula yang berkahwin dapat anak tapi suami pulak keluar tak balik- balik.Berapa ramai pulak yang diceraikan nauzubillah.Bila kita fikirkan semua itu, kita dapat lihat betapa bertuahnya kita ye puan.
prof sambung lagi,
prof: Kita patut bersyukur dan be positive. Cuba positifkan minda, contohnya kita katakan pada diri kita suami pergi bersukan dapat jaga kesihatan, dapat menyingkirkan lemak/kolesterol badan. bayangkan jika suami kita sakit, siapa yang susah ye.. Katakan pada diri lagi" bagusla suami aku bersukan, sekurang -kurangnya dapat la jaga kesihatan dia, dahla aku ni selalu masak masakan yang berminyak, bancuh air pulak manis- manis. bila suami aku bersukan at least dapat juga buang segala yang tak baik tadi tu"
dj: emmmmm
prof: ingat ye, besar mana pun masalah kita, cuba positifkan dan cuba fikirkan orang kurang bernasib baik dari kita. kita akan rasa tenang...Apapun, yang penting positif. Cuba lihat dari sudut positif..
Pon!pon!..... Alamak lampu isyarat dah hijau. sori brader. aku terus masuk gear D dan tersukan perjalanan.
p/s: be positive
p/s 2: jaga kesihatan. baru- baru ni pergi check kolesterol alhamdulillah dah turun ke normal. takut aku muda-muda lagi dah makan ubat
Jumpa lagi, aku akan kongsikan bagaimana dengan berfikiran positif saja, kita boleh jadi jutawan..haha. tungguuu....
No comments:
Post a Comment