mohzu.com

mohzu.com

Thursday, August 23, 2012

DEMAM AKIBAT TERLEBIH KETUPAT DAN LEMANG?


Alhamdulillah, hari dah raya ke 5 dah. Seperti yang diduga, time raya ni memang ramai akan sakit perut akibat makan tak ingat dunia. Begitulah juga yang berlaku dekat aku sendiri. 

Tapi aku bukannya sakit perut, aku kena demam pulak. Siap package dengan sakit urat (sakit otot/ muscle pain) sekali pulak tu. Aku ni sebenarnya bukanlah jenis yang mudah dapat penyakit, tapi ini mungkin sebagai kifarat dosa dosa yang banyak selama ni. Penyakit tu kan dapat menghapuskan dosa.

Alhamdulillah syukur jugak sebab dalam kereta aku ada tersimpan ubat ni. Haa, ubat ni memang femes. Ia adalah sejenis pain killer tapi ia bukan dari keluarga steroid. Ia dari keluarga NSAIDs. So takde la side effect steroid yang teruk- teruk tu.

Nama ubat ni, nama glemer dia ponstan. Nama surat beranak dia Mefenamic Acid. Yang aku ada ni kekuatan dia 250mg, so aku kena makan 2 bijik la sehari 3 kali. Ubat ni bagus sebab dia boleh jadik sebagai pain killer dan jugak sebagai ubat demam. Kira 2 dalam 1. So package jugak le untuk sakit aku ni, tak payah makan banyak jenis ubat.

Apapun, bila aku aku fikir balik mungkin aku demam dan sakit urat ni sebab terlebih makan ketupat dan lemang. Memang makan agak tak ingat dunia pada hari raya pertama tu. huhu..




mefenamic acid/ponstan

Wednesday, August 15, 2012

UBAT LOYA DAN MUNTAH, APA SPESELNYA...

Alhamdulillah, lagi beberapa hari nak raya ni aku nak buat entry tentang ubat muntah. Biasa la kan, nanti raya makan macam macam. Kena silap makan sikit, siap muntah la kita kan.

Ubat ni namanya, metoclopramide hcl 10mg. Makan dia 1 biji tiga kali ataupun 1 biji bila perlu (bila loya ataupun muntah). Untuk loya/muntah disebabkan mengandung/ morning sickness pun boleh jugak.

Apa yang speselnya tentang ubat ni, dia boleh juga digunakan untuk ibu baru lepas bersalin yang susu badan dia tak mau keluar lagi. Makan sama jugak, hingga keluar susu.

Apapun, semuanya sakit, sihat, ada susu, takda susu semuanya dari Allah swt. Kita sebagai hamba perlulah berusaha..


SELAMAT DATANG ROBIN VAN PERSIE...



Walaupun agak terlewat, tetapi aku tetap nak buat entry jugak tentang Robin van Persie ni sebab dia join team Manchester United, pasukan kegemaran aku dalam EPL. Dengan yuran perpindahan sebanyak £22 juta dan gaji £200,000 seminggu akhirnya RVP menjadi sebahagian daripada Man Utd. 


Robin van Persie set for Manchester United move



Tahniah RVP, anda telah buat keputusan yang bijak kerana tiada gunanya anda kekal di Arsenal sekiranya anda tidak menang sebarang trofi/ kejuaraan(sorry arsenal fans). Kalau aku sendiri pun, mesti aku join kelab yang ada prospek untuk menang kejuaraan (macam Man Utd haha).. 


Sunday, August 12, 2012

TEMPAT KERJA IDAMAN...

Sepanjang hidup aku, aku pernah kerja di pasaraya, restoran makanan segera, hospital dan sekarang di klinik kesihatan. Semua tempat kerja tu ada suasana kerja yang berlainan. Masing masing ada part yang best dan ada part yang tak best.

Tapi aku nak cerita ni tentang ofis syarikat Google. Bagi syarikat gergasi Google, ofis mereka memang cukup mantap. Nak naik basikal boleh, nak mengurut pun boleh, nak tidur sekejap (nap) pun boleh, makan pun free lagi. Suasana keja memang cukup kondusif yang semestinya perlu supaya para pekerja Google ni dapat menjana idea idea yang bagus kan.

Apapun aku memang teringin sangat kalau ofis tempat kerja aku pun macam ni. Tak 100% pun, dapat 20% pun kira ok..at least ada tempat untuk staf berehat-rehat, tenangkan fikiran bila tension sangat. Baru la produktiviti meningkat..

Korang layan sendiri la video ni..



Saturday, August 11, 2012

DISKAUN TOL RAYA 2012 PALING TINGGI

Bagi perantau perantau yang bekerja jauh dari kampung halaman mencari rezeki di kota, pastinya ini merupakan berita yang cukup menggembirakan. Diskaun tol sehingga melebihi 30% sempena hari raya dan merdeka tahun ni.

Bagi aku yang berbakti di negeri kelahiran ni tak la merasa sangat diskaun ni. Apapun, pemberian diskaun ni memang dinantikan oleh semua. Cuma aku hairan sikit sebab diskaun tu kebanyakannya untuk perjalanan waktu malam sahaja.

Selamat pulang ke kampung dan berhati hati memandu..




pix_gal0

IBU SEGALA PINGAT OLIMPIK 2012 MILIK MEXICO?



Kalau Sukan di Malaysia (SUKMA) atau Sukan SEA mahupun Sukan ASIA pingat emas bola sepak lah yang paling dinantikan. Siap panggil ibu segala pingat lagi. Pasukan/ Negara mana yang menang pingat emas tu umpama pemenang keseluruhan sukan berkenaan.

Tapi untuk sukan olimpik ni aku tak pasti la pingat emas bola sepak ni jadi ibu segala pingat atau tak. Apapun, tahniah buat Mexico yang berjaya menewaskan pasukan 'feveret' Brazil dengan keputusan 2-1...

Em, Mexico hari ni dapat cuti satu hari ke tak ha?






MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Alhamdulillah...kali ni buat kali pertamanya aku buat entry tentang buku. Buku ni memang menarik, gaya bahasa yang santai tapi isinya padat dengan dalil al-Quran dan hadis.

Tajuk buku adalah Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan saudara Fathuri Salehuddin. Buku ni ada empat bahagian, pertama Apa itu rezeki? Kedua Menjemput Rezeki. Ketiga Cerita Menjemput Rezeki dan bahagian Keempat Apa perlu saya buat sekarang?

Salah satu isu yang menarik perhatian aku adalah, Harta kita belum tentu rezeki kita. Macam mana tu? Nak tahu lebih lanjut kena la beli buku ni. Harga cuma rm18.00 untuk semenanjung dengan 184 muka surat. Aku ambil masa cuma 3 hari saja nak abiskan. Buku buku lain ada yang baca separuh, dan tak abis abis lagi..

Apapun bagi aku buku ni bagus untuk kita tahu apa itu rezeki seterusnya untuk kita menjemput rezeki yang halal semestinya..


Friday, August 10, 2012

MERDEKA RAYA..

Alhamdulillah..dalam orang ramai sibuk sibuk buat persiapan raya ni, kawan aku sorang ni pulak semangat menggantung bendera Malaysia. Aku rasa tak ramai orang yang bersemangat nak sambut merdeka sebab mesti lebih ke arah nak sambut raya kan..

Apapun tahniah buat abang Pin yang sanggup datang klinik awal awal pagi bawa buluh dan pasangkan bendera walaupun berpuasa..

Janji ditepati, jangan janji diketupati ye..



Wednesday, August 8, 2012

EJEN INSURANS YANG BAIK

Alhamdulillah..pagi tadi dapat sms dari ejen insurans aku. Dia tanya ada kat ofis atau tak. Then aku reply la aku keja, so ada kat ofis la.

Dalam pukul 10 pagi tu, ejen ni sampai. Aku ingat dia nak bagi kuih raya ke kan. Tengok tengok besar punya hamper dia bawa. Alhamdulillah, hamper untuk anak kedua aku.. Lupa pulak aku, baru baru ni ejen ni ada tanya aku samada isteri dah bersalin ke belum.

Apapun aku memang puji ejen ni. Aku panggil dia kak Fauziah. Tiap tiap kali besday aku, tiap tiap kali nak puasa ada sajalah buah tangan dari dia. Tak seperti ejen insurans yang lain lain tu, lepas kita sign ambil insurans je terus tak nampak muka kan kan kan. Bila nak claim pulak, tak usah nak cakap la. Puas telefon kan kan kan..


Anda cirit birit?

Bulan puasa sekarang ni dan tak lama lagi raya pulak biasanya ramai orang akan dapat cirit birit. Apa tak nya, kalau puasa ni waktu berbuka tu makan memang tak ingat punya kan kan?

Tambah pulak, makanan semuanya main beli je kat bazar. Kalau gerai yang jaga kebersihan tu Alhamdulillah, tapi kalau gerai yang siap lalat duk berenang renang kat dalam gulai daging dia tu macam mana.

Bila hari raya pulak makan memang dahsyat la. Kalau boleh pagi raya tu semua nak hentam kan. Nak qada balik yang sebulan tak boleh makan tu. Last last apa jadi..cirit birit la jawapannya..

So kat bawah ni adalah contoh ubat cirit birit. Kombinasi 2 jenis ubat atropine + diphenoxylate. Makan dia 1 biji 3 kali sehari.(standard dose ni).InsyaAllah akan hilang/ berhenti la cirit birit anda. Tapi kalau cirit yang disebabkan keracunan makanan tu, tak sesuai la ambil ubat ni. Just reda saja pi ke toilet biar semua toksin dalam perut tu keluar abis dan minum la ORS tu..

Apapun, makan tu ingat ingat la dan jangan lupa baca bismillah.




Tuesday, August 7, 2012

APA KAITANNYA?

Apa kaitan antara 2 benda kat bawah ni? Yang satu tu adalah air soya dan satu lagi adalah iliadin nasal spray untuk baby aku. Iliadin ni bagus jika anak kita mengalami 'hidung tersumbat'. Biasanya baby selalu la ada masalah ni. Iliadin adalah nasal decongestant. Just spray saja dekat lubang hidung baby kita dan insyaAllah sembuh..jadi, apa kaitannya dengan air soya tu?

Kaitan dua benda tu adalah dua2 aku dapat dari kedai farmasi yang sama. Bukannya kedai farmasi tu jual air soya tu, tapi dia bagi free je. Buat amal dibulan puasa ni di samping salah satu cara menambat hari customer kan..

Monday, August 6, 2012

UBAT PALING 'FEMES' DI BULAN RAMADHAN

Seperti biasa dalam bulan puasa makanan paling femes adalah murtabak. Buah paling femes adalah buah kurma dan ubat yang paling femes di bulan puasa adalah ubat gastrik..

Ubat ubat ni mendapat sambutan yang hangat sepanjang bulan puasa ni. Sampai kurang stok kat klinik aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...